top of page

📌 ABOUT MUSANG KING :

Durian Musang King D197 atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.

Di masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah ni sebagai 'Mao Shan Wang' yang bermaksud 'Raja Kucing Gunung' iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip seekor kucing sedang tidur.

Panggilan ni terus digunakan secara meluas sehingga perkataan 'Mao Shan' ditukar kepada sebutan 'Musang' dan 'Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai 'Musang King' hingga kini

'Musang King' yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan-akan bintang pada bawah buahnya

Isi durian 'Musang King' lebih tebal ditambah rasa lemak yang pahit sedikit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.

isi durian Musang King dusun uncle lim g
durian musang king dusun durian uncle li
musang king.jpg
pokok durian musang king dusun uncle lim

©1988 - 2024 by Gurun Durian Orchard
Kampung Pulau Chengai, 08300 Gurun, 
Kedah, Malaysia +6012 - 430 2958

​

This site is not a part of the Facebook™ website or Facebook™ Inc. Additionally, This site is NOT endorsed by Facebook™ in any way. Facebook™ is a trademark of Facebook™ , Inc. 

​

bottom of page